Friday 25 November 2022

Peta Konsep

 Panduan Untuk Memahami Tajuk Ini



Thursday 24 November 2022

Pengenalan


"Tak Kenal Maka Tak Cinta"


Unit 13 bagi subjek ini akan membincangkan tentang isu-isu yang terdapat dalam pengurusan kurikulum bilik darjah. Perbincangan berfokus terhadap mengenal pasti isu-isu yang berkaitan. Seterusnya membincangkan mengenai cabaran dalam menghadapi isu ini, yang meliputi cabaran minda, globalisai, digital, kemahiran, kreativitiviti dan sebagainya. Cabaran tersebut perlu dihadapi oleh pelbagai pihak secara bersama meliputi supaya pelaksanaan kurikulum bilik darjah dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat. 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia




Wednesday 28 September 2022

Isu-Isu Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah


Masyarakat pada abad ke 21 mengalami perubahan iaitu berinformasi, teknologi tinggi, ekonomi dunia, perancangan strategik, sentralisasi kepada desentralisasi, pertolongan institusi kepada pertolongan kendiri, demokrasi penyertaan, penyusunan secara rangkaian (networking), kepelbagaian opsyen dan anjakan demografi. Perubahan dari masyarakat industri kepada maklumat mempengaruhi penyusunan kurikulum bilik darjah.

Cabaran guru pada masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran global dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai kerenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati.




 

Tuesday 27 September 2022

Pengertian Dan Konsep Berkaitan Isu Kurikulum Bilik Darjah




Kitaran Perkembangan dan Pelaksanaan Kurikulum

 

Tidak ada satu jangka masa yang jelas dalam kitaran perkembangan dan pelaksanaan kurikulum.

Negara Jepun: Tempoh masa satu kitaran kurikulum ialah 5 tahun sebelum dikaji semula.
Negara Malaysia: Seperti berikut







Cabaran Perlaksanaan Kurikulum



Sunday 25 September 2022

Analisis isu pengurusan kurikulum bilik darjah

 

1-Cabaran Penjelasan Kemahiran Guru

Barisan pendidik senior khususnya kurang kemahiran menggunakan medium baharu untuk menyampaikan ilmu kerana kurang pendedahan kepada medium tersebut tambahan pula untuk menjadikan ia sebahagian dari pendidikan.

 

2-Capaian Internet

Kadar capaian internet di negara kita masih lagi ditahap yang kuang memuaskan teruatamanya di kawasan luar bandar, sedangkan pendidikan norma baharu ini sangat memerlukan capaian internet yang baik.

 

3-Suasana Pembelajaran

Suasana pembelajaran berubah secara keseluruhannya, pelajar berada dalam suasana yang kurang kondusif untuk belajar. Komunikasi dan pantauan tidak dapat dimaksimumkan dan memberi kesan kepada tahap keberkesanan pembelajaran.

 

4-Pentaksiran

Para pendidikan perlu lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan pentaksiran. Pentaksiran yang digunakan pakai sebelum ini mungkin terdapat kelompongan kerana sistem dan suasana PdP yang berubah.

5-Wabak/ Penyakit

Proses pembelajaran beralih kepada online Pdpr, seperti yang telah melanda dunia pada tahun lepas, yang mana seluruh dunia berusaha memerangi wabak covid 19.



KERATAN AKHBAR




Thursday 1 September 2022

Kesimpulan

 

Isu-isu dalam pengurusan kurikulum bilik darjah sangat berkait rapat dengan aspek perancangan pelaksanaan dan penilaian terhadap kurikulum itu sendiri dan keupayaan guru untuk menanganinya. Perubahan persekitaran sistem pendidikan yang berlaku turut menjadi cabaran kepada pengurusan kurikulum bilik darjah yang berkesan. Sebagai perhatian, pandemik Covid-19 telah mengubah kehidupan masyarakat secara total. Usaha-usaha telah dirancang dan dilaksanakan walau bagaimanapun mempunyai pelbagai cabaran dan halangan tersediri untuk dijayakan sehingga mencapai objektif pendidikan. Ia memerlukan keterlibatan dari semua pihak untuk mengatasi dan meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia.