Masyarakat pada abad ke 21 mengalami perubahan iaitu berinformasi, teknologi tinggi, ekonomi dunia, perancangan strategik, sentralisasi kepada desentralisasi, pertolongan institusi kepada pertolongan kendiri, demokrasi penyertaan, penyusunan secara rangkaian (networking), kepelbagaian opsyen dan anjakan demografi. Perubahan dari masyarakat industri kepada maklumat mempengaruhi penyusunan kurikulum bilik darjah.
Cabaran guru pada masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran global
dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku
begitu pantas dengan pelbagai kerenah yang harus dibendung secara lebih bijak
dan berhati-hati.